Alhamdulillah dapat saya meneruskan penulisan pada kali ini. Ini mungkin penulisan yang paling ringkas yang dapat saya nukilkan. Masa memang terhad bagai saya disulitkan lagi sikap dan idea yang datang dan pergi. Wahai pembaca sekalian, Ingitkah kita doa doatas? Ia adalah terjemahan doa yang kita baca selepas rakaat ke-20 Solat Sunat Tarawih disepanjang bulan Ramadhan. Terdetik dalam diri saya menjadikan doa ini sebagai topik dalam blog kali ini apabila Imam bertugas malam itu membaca doa dengan bahasa melayu(terjemahan) berbanding kebanyakkan Imam lain yang selalunya baca dalam bahasa arab. Tetapi apa yang menyentuh jiwa saya maksudnya yang amat mendalam dan memberi 1001 makna. Mungkin blh jadi tak ternilai harganya...
Tersentuh jiwa saya apabila mendengar maksud doa yang dibacakan ini. memang sya tercari-cari maksud doa ini tetapi masa untuk ke Bandar Klang agak "sempit" lagi-lagi kesesakan lalaulintas akibat kerja menaik taraf jalan. Alang juga ada tanya jika ada maksud doa ini dirumah atau disurau(kot tak jumpa blhlah copy kat sini ye..). Akan tetapi jawapan tiada telah diberi dan barulah dapat di"scan" masa hujung Ramadhan. Itupon pinjam Imam Saijan(memang ini namanya jgn pelik) punya da...
Sebagai hamba-NYA kita banyak meminta sehingga setebal-tebal muka untuk mendapat pemberian Allah. Namun sejauh manakah penghayatan kita untuk kearah yang diminta.
Dalam Doa ini juga kita ada mengimpikan untuk mendapat minum telaga Nabi Muhammad sehinga diawalan dan akhir doa kita sentiasa mendoakan untuk nabi. Dalam doa ini juga kita ingin menikmati keindahan syurga dan rahmat Allah yang lain. Ini di catatkan juga dalam surah Al-Waqi'ah ayat 11-40 indahnya nikmat syurga bagi golongan yang bertuah. Sehingga dalam doa ini kita meminta kearah itu.
Namun dalam doa ini juga, sebelum kita sebagai hamba yang sentiasa meminta ini meminta nikmat tersebut, kita tidak lupe agar dikurnaikan Iman yang sempurna. Iman yang sempurna inilah yang membolehkan kita memperolehi segala nikmat yang ingin kita kecapi diakhirat kelak. Oleh itu dalam bulan Ramadhan inilah manusia perlu melalui tarbiah yang khusus bagi menghadapi bulan-bulan yang lain.
Iman dikuatkan dengan amalan harian, Iman dibajai dengan zikir, selawat, tahmid dan bacaan Al-Quran. Iman ditingkatkan dengan ibadah tambahan yang lain seperti Qiamullailil. Semuanya atas 1 sifat taqwa yang dipupuk demi mencari redha Allah. Taqwa inilah membentuk Iman dalam diri. Ketahuilah Asmaul Husna Allah amatlah tinggi dan Agung buat mereka yang menghayatinya.
Ramadhan telah berakhir, kini sejauh mana tarbiah ramadhan kita? Dimana rajinnya kita dulu dalam beribadah, solat sunnat berjamaah, membaca Al-Quran dan lain-lain? Mari kita hayati kembali, layakkan kita minum telaga Nabi semasa di padang masyar sedangkan kita balik pada perangai lama kita dengan kurang berselawat ke atas Nabi Muhammad kita. Dimanakah zikir-zikir kita, sebutan kalimah-kalimah Al-Quran yang kita telah tukarkan pada mengeji, mengata mengumpat dan macam-macam lagi.
Layakkah kita menerima syafaat Nabi sedangkan kita tidak patuh pada ajaran yang dibawa oleh Baginda. Yang indah seperti kawin dan poligami ingin dituruti tetapi adil, serta hidup bersyariat serta sunnatullah diabaikan. Ingin orang hormati kita sebagai pemimpin tetapi layakkah kita sebagai pemimpin yang menjalankan perintah Allah sepenuhnya? Inginkan pasangan yang terbaik, adakah kita mendidik diri kita yang terbaik? Itulah perumpamaan yang terbaik.
Digambarkan syurga yang indah menjadikan kita ingin merasainya. Namun syurga dunia yang di kejar dan bukan syurga Akhirat. Ingin merasai kehidupan tanpa batasan di Syurga Allah, tp kita hidup tiada batasan di syurga dunia. Ingin makanan dan minuman yang enak yang tiada batasan di Syurga Allah tapi di dunia kita tidak pernah berpantang dengan larangan Allah.(pantang tak langgar je kot).
Ingin makan daging burung panggang yang terus tersedia dalam sekelip mata didepan mata, tetapi makanan yang halal tak dijaga semasa didunia.
Ingin bersama bidadari dan bidadara syurga yang mempersona bak permata yang dijaga, akan tetapi maruah diri, keluarga tidak dipelihara.
Pandang cermin dan lihatlah wajah kita sendiri. Muhasabah buat diri saya dan pembaca yang ingin merasai nikmat syurga. Akan tetapi adakah kita buat semuanya untuk mendapat redha Allah? Kerana dengan redha Allah kita akan kecapi syurga yang abadi.
Mari sama-sama kita hayati, carilah redha Allah. Hiduplah dengan redha Allah dengan berusaha sempurnakan diri dengan Islam. Manusia perlu mencari kesempurnaan hidup dengan Islam kerana disitu adanya Allah.
Lakukanlah setiap perbuatan Lillahi Taala kerana ia ibadah. Hidup kita didunia ini akan menemukan kita 2 persimpangan Allah iaitu antara Redha dengan tidak.

Read More
Posted by Al-Hariz on Friday, September 17, 2010

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan