Assalamualaikum semua. Sedikit cerita hari ini bagi mengisi masa dan melepaskan penat seketika. Alhamdulillah syukur pada Allah majlis Kurban di surau serta tempat-tempat lain berjalan lancar. Disurau An-naim Tmn Seri Andalas 10 ekor lembu telah di tumbangkan, disembelih, dilapah, dicerai-ceraikan bahagiannya serta telah diagihkan pada peserta dan mereka yang lain...

Kali ini Kami masih 1 team, but I'm the team leader...(cewah, speaking beb...). Konco-konco den abg-abg den le..heheh. Tp belasah je buat je macam biasa.. seawal 9.35 pagi kami berkumpul amik barang-barang dari stor surau seperti tali dan perkakasan lain. Ada yang makan dulu. Kami siapkan tali dan mula operasi jatuhkan lembu.

Siap tumbang, kasi ikat dan sembelih. Waduh penat tunggu, panjang nyawa lembu no1 ni. Lembu No2 da sembelih lambat dah abis nyawa lembu no1 belum. Dupdapdupdap, cek angkat kaki pastu lepas 3 kali... ting3... Ok tewas..(suke3 je... igt gusti ke??ahaha). Kami se keluarga pon memulakan melapah

Kami adalah petugas kroni bagi lembu no1. Hahaha, jgn banyak komen ye petugas lain. Selesai dalam 35-40 minit. Tp, masyaAllah... penat giler. Tercungap2 juga la.. mana taknyakurang bersenam.. Selesai no1 kami berpecah tlg lembu lain. Alhamdulillah ramai anak muda dah diserapkan disetiap team petugas lembu.

Korban kali ini lengkap semua turun dari along, angah, alang,sehingga bungsu. Anak buah den pon ado... 1 family turun..Selesai kerja melapah 10 ekor lembu dalam erea 11.30pg. Jadi saya pon menikmati juadah nasi lemak lauk sotong dengan bubur lambuk... masyuk....

Kesian juga tgk adli. Die nak tlg tp dtg lewat bab pi ziarah atuk mertuanya jap. Tp sampai2 dan nak beres kerja melapah. Tak pe, next year ok bro... Jam 11.45 dan mula kerja pembersihan. Saya tolong jap pastu balik kul 12.15. Biar org lain buat dulu. Lepas zohor den amik alih la...

Alhamdulillah semuanya setel sebelum asar. Ok itu sahaja. Mcm panjang pula ye.. hehehe berikut akan ada gamba diattachkan sekali.. sekian. selamat membaca...

Aksi sikecil.. si baju kuning br boleh berjalan...ligat..
si baju pink tergamam tgk lembu...aahaha

ya, dapat kakinya...

woi2, kasi ikat kuat2 kaki tu... cepat2.. nnt lembu meronta2

Akhirnya.. kami mula melapah...

Sempat lagi amik posing..hehehe

kasi buka kulit dulu ya...

Sabar ya... pisau tak makan da...

Part ni paling bahaya.. Klu bocor masak bau semua daging.
Tak pon sapa nak bersihkan..
tp buat gulai lomak cili api sodap...

Kita bg pro buat, ayahku...hehe

Suassana sekita surau...

Read More
Posted by Al-Hariz on Wednesday, November 17, 2010
0 comments
categories: | | edit post

Salam Eiduladha pada pembaca sekalian. Kalau dah menulis dalam satu masa mesti nak buat 2 entry.... Belasah jer la... Sedikit cerita pendek.. Kalau dulu masa kecik-kecik sibuk nak lepak kat surau tgk apa bestnya jaga lembu. Bab masa tu ramai orang kira best la. Bila dah semua besar kurang dah. Sebab semua dah bekerjaya. Alhamdulillah adalah budak2 yang nak joint.

Tapi kali ni say ketuanya... Mngkin 1 hari nnt perlu tukar org lain la ye... Pelapis baru perlu ada..ahaha. Tutup cite kisah jg lembu. Sebut pasal ibadah Korban/qurban(mana 1 ye ejaan yg blh diguna pakai?ngeh3...) Tapi jika dulu masa ayah jd leader petugas megerjakan lembu no1 kami semua tgk je. Alih tahun demi tahun, sorang demi sorang abg namanya dimasukkan menjadi petugas... Sampailah sekrang semua dah masuk jadi petugas

Saya tender menjaga lembu tak igt tahun keberapa dah. Bukan setakat itu, Tag, no bakul dan no lembu. Lepas ni kot ada org lain ok juga. Beban banyak pula terasa.. huhuhu. Namun kisahnya disini seronok kami sekeluarga dpt bersama melaksanakan ibadah korban. Ilmu melapah, memotong, menceraikan kami timba sedikit demi sedikit dari ayah. Setengah jam setel ceraikan sekor lembu.

Kalau kambing ayah saya boleh buat sorang. Alhamdulillah,kami PASTI boleh..hehehe. Lagi-lagi saya tahun ni jadi ketua petugas no 1.hohoho... Say dinaikkan kan terus sebagai ketua... abg2ku semua dibawah ku.. pelik.. Kalau tahun lepas memang tarikh yang penuh makna bagi saya apabila jatuhnya raya haji tepat pada ulang tahun kelahiran saya yang ke-22. Ucapan dari kawan-kawan saya terima melalui SMS walaupon tak ramai mengucapkannya.

Jika dulu popular friendster akan ada coment dr semua kawan yg rs nak sampaikan ucapan . Kerana itu adalah kebiasaan dalam kehidupan berkawan. Sambt tetap sambut, memang tiada kek special tp ada lauk daging lembu sahaja beserta sup gearbox. Lagi-lagi tahun sudah hujan dari mula sampai petang. Menunjukkan kami berkorban dalam hujan... masyuk.. seperti berkubang di sawah...

Jika dapat sekali lagi menyambut ulang tahun kelahiran serantak raya haji memang best. Nikmatnya tak terkata... Tapi lg best jk dapat pi haji juga time tu.InsyaAllah nnt nak daftar tuk ke haji pula. Bila pi, hanya Allah yg tahu. ok tu je... mood cerita berubah sedikit. point dah lari. Jadi baik tido..ahaha. Papapun Selamat menyambut eidul adha(korban). Selamat bekorban dan berjihat...wassalam...

Read More
Posted by Al-Hariz on Tuesday, November 16, 2010
1 comments
categories: | | edit post

Alhamdulillah syukur pada Allah dapat saya mencoret sesuatu disini. Masa merupakan satu yang beharga. Hatta jika sebagai bapa pon jika dpt melapangkan sedikit masa yang berkualiti pada anak akan membentuk emosi yang sempurna pada anak itu...(ceh, ckp mcm dah ada anak... padahal setakat anak tekak, anak mata je... eh ada 1 lg anak buah...hehe)Sedikit coretan malam ni sambil menjaga lembu... hahaha..

Malam ni kisah konvo PASTI As-Syifa' bakal diceritakan sedikit jalan ceritanya. Alhamdulillah majlis berjalan dengan terancang & terkawal cuma kekurangan AJK & pembahagian tugas yang kurang berkesan oleh Timbalan pengurus(yang lagi kurus)mungkin menampakkan lompongnya...(Ada org nak usul pecat timb. pengurus tak?heheh)

Perancangan yang diambil dalam 3 minggu memang masa yang singkat. Ditambah lagi dengan pengalaman ditahun pertama.Eveything start from '0'. Walaupon ada jawatan yang lagi tinggi namun saya sebenarnya 0. Hanya berbekalkan panduan pengurusan melalui manual sahaja.

Macam-macam hal la nak setup. Jenuh kami memikirkan keperluan yang diperlukan. Rancang amik gamba yang menjimatkan walaupon background di PASTI kurang menarik tp diedit menjadi terbaik. Alhamdulillah semua ok cume budak2 ni tak reti senyum bila amik gamba sorang.Ish3...

Dengan nekad AJK pengurusan benar-benar komitmen semua diatur. Tak pasal-pasal saya juga jd pengurusi majlis. Main belasah je la. Hadi kena baca doa dan jaga bahagian teknikal serta mik gamba(tp tak amik sgt.. muke mengantuk & lapo je die ni... sabo je la..) Pengurus masa majlis relex la sbb wakil PASTI cawangan.

Bendahari pula di meja pendaftaran dengan runer sementara... Guru2 sibuk uruskan budak, persembahan budak serta juadah nasi ayamnya. Tak seberapa tp itulah kemampuan yang boleh diberikan. Tahniah pada guru2 serta ex-guru(sakinah & safiyyah) yang sanggup turun dr sabak bernam.

Perancangan memang kelam kabut sehinggakan diri ini memang terpaksa bersabar dan tidak mencetuskan ketegangan. Kebiasaannya akan tegang. Alhamdulillah ilmu yang dipelajari & diamalkan selama ini menjadi benteng pengawal diri. Malam tersebut sy perlu mengawal diri. Lagi pon saya terpaksa mempegurusikan taklimat mlm tu atas sbb pegurus dipanggil oleh ketua cawangan..

Semua perkara dilistkan serta diremaindkan tindakan jika ada kekurangan. Dari penyediaan makanan, persembahan, pendaftaran, hadiah, pengisian program sehingga mengemas. Tu yang tak pasal2 merelakan diri menjadi pengurusi majlis sedangkan perasmi abg sendiri iaitu SUK PASTI Selangor(Kantoi la... dah nama pon sama...). Apa nak buat semua sibuk dan dah penuh jadual. Cari S/U last2 SUK la yg ada. Mudah, Die boleh balik kampung pon..ahaha

Meriah, ceria dan ibubapa menunjukkan keceriaan serta kefahaman mereka keatas PASTI. ini ditambahkan lagi dengan ucapan dari pengurus yang mengetahui kelemahan diperingkat permulaan PASTI As-Syifa' ini. Alhamdulillah cikgu jaafar cover lagi dengan keperluan serta peranan beliau dalam PAS kawasan untuk PASTI.

Ini ditambahkan lagi ucapan abg saya yang menberi input berguna berkenaan PASTI. Bukan mudah nak memahami orang yang pelbagai peringkat ni. Bila dalam PAS asik sibuk kat gunkan budak untuk politik sedangkan salah satu usaha PAS bagi menunjukkan pada kerajaan cara pendidikan yang sebenar dan perlu diberikan pada anak-anak Malaysia...

Point terakhir, sampai bila akan saya menjadi pengerusi majlis bidan terjun ye? Dah la tak de org komen. Tak ok ke KO saya pon tak tau. Hanya sekadar belajar sendiri tanpa guide. Inilah kehidupan saya mencari arah sendiri... Rasanya kali k5 atau k6 jd pengerusi majlis. Malas nak igt dah..huhuh ok cabut...

Ni je yang datang, ni la yang buat persembahan

Pengerusi majlis ni kata dalam hati, hantam sajala..
apa yang keluar dlm kepala sebut...

visual kreatif dr tukang amik gamba...

Read More
Posted by Al-Hariz on

Assalamualaikum...
Hari ini banyak perkara mengganggu fikiran...
satu demi perkara dtg dan perlu diselesaikan...
Mood kurang rajin hari ni.
Apa kes?
waduh, ni yg berat dan membebankan.
Segala persoalan datang satu persatu.
Ada yg melibatkan meting tidak tercatit dalam nota
timbul persoalan dan tanya org itu dan ini.


Konflik....

Ya, telah datang konflik pegurusan diri. Ah, tidak satu yg membebankan. Peperiksaan setara PASTI minggu ni, surat kawasan kene buat ke? waduh, isinya? sepatutnya cawangan kerana lebih detail dan surat pon atas nama orang perseorangan. Coming soon perkeliling, berkenaan hal PASTI kawasan dan minit meting? Ayat "sepatutnya" telah keluar dari minda saya...

Ada lagi perancangan dana PASTI yang masih tertangguh... masa-masa... wahai masa hadirlah lebih jam sikit... mudah boleh uruskan hal-hal yang lain... namun, itu tidak akan merubah apa-apa... Cos untuk baju sukan tak dapat lagi, mana listnya wahai org yang diminta beri & cari. contact person untuk beg kanak-kanak tak dapat lg, mana wahai sahabat? AJK kawasan PASTI 5 org bagaimana agihan tugas...???? Mana taknya, masing2 pegang lebih dari 3 jawatan.

Belum lagi meting last coll malam ni. Sdgkan ada projek dgn abg man nak diuruskan. tidak...
belum lagi soal >>>> yg datang mengganggu sepanjang masa. Sepatutnya setel tapi mungkin persoalan yg ingin ditanya terbantut dek atas permintaan. Saya turuti.... Harap emosi stabil... banyakkan berdoa.. kan dah diajar doanya(memujuk diri)...

Belum lagi konvokesyen PASTI cawangan 14 haribulan ni... ah... tidak... sapa nak tlg??? Kak lang tolong den.... Tapi kesian, kak ipar ku sekarang ni akan cepat penat bila banyak jalan sebab dah ada ++++... yea yea... Hujung minggu ni ada jemputan PASTI Al-Khauthar Kota Kemuning. Sy sbgi S/u PASTI kawasan dijemput... Nasib baik malam, namun mcm saya larat je... Sapa nak pi dengan saya... Ryne ada kot.... Peneman....

Sebelum tu, sabtunya walimah membe sepetaman, abg hafiz. Dulu ajak die main futsal sana sini la jugak, akhirnya kawin juga die... Berkali-kali die tanya bila jumpa 6 Nov ni ada tak?.. hohoh.. Saya jawab insyaAllah akan ku bantu masa walimah mu bro..(ayat otai..)

wah, banyak lagi aktiviti, dalam seminggu akan ada la panggilan jika tidak berkaitan pasti panggilan membantu. Harapan saya agar, adanya pemuda2 baru bersama hadir membantu pejuangan di peringkat cawangan andalas... tidak kira masjid, surau, PeBT dan Jemaah.

Pemulihan...

Sungguh sukar hendak dilalui namun saya kene cepat memperbetulkannya...
Hurm.. apa ye cara2nya? Nasyid?(Sedap lg tak sore den? hohoh)... Main darbukah? best... tp tengah belajar lg.. sikit2 blh la kasi biasa main. Lain? Mengaji boleh...
Baca buku boleh...(ha, yang ni kantoi, lama dah tak buka buku yg tak habis2 dibaca...)

Kot sebenarnya banyak je cara pemulihan boleh dilakukan. Akan tetapi masa je kurang... Paling simpel pi keluar rumah petang2 amik udara... Tambahan sambil dukung anak buah..(syifa' ok lg, kot dukung auni yg dah berat, patah lengan den...hohoho)

Huh! papa pon, Ayuh MOHD AL-HARIZ BIN ADZHAN anda boleh..."boleh la sgt... yokyok je..."ayat penghasut(sapa pula penghasut ni)... Mari lontarkan keluhan anda ke parit tepi dewan sukan(sungai takde, yg terdekat jauh).

Perjalanan anda masih jauh, bangkitlah memecu transformasi Jihad (Bukan ETP ye... itu bangang punya pemimpin. tahap gaban bin dewa bangangnya).
Igtlah janji2 ALLAH...
Yakinlah dengan ALLAH...
Yakin lah dengan pertolongan ALLAH
ALLAH yang satu dan berkuasa...

Mati itu PASTI...
Tapi berusahalah mengejar CINTANYA...
Berusahalah mengejar REDHANYA...
Kerana dihadapan itu perhentian syurga yang hakiki...
(semangat lagu Bingkat kehidupan kembali mengalir....)
(tapi lagu bebaskan palestin best juga....)

tiada apa yg boleh dilakukan jika hanya bersedih dan terus bersedih, kerana kesedihan it pasti akan datang sentiasa (Ala, mcm tak biasa menghadapi kesedihan, bukan dah biasake?) Simpan dan perkemaskan diri... Mari... Transformasi Jihad...

Read More
Posted by Al-Hariz on Tuesday, November 2, 2010

Assalamualaikum... Lama juga tak menulis disini. Nak kata sibuk tak la sibuk namun adakalanya masa itu digunakan untuk rehat seketika. Mungkin dek kerana beberapa urusan yang tidak selesai dan meletihkan apabila memikirkannya. Namun itulah cabaran hidup ia cukup kompleks bagi manusia dan perlu tempuhi. Berbeza dengan kompleks membeli belah atau bangunan kompleks yg manusia rancangkan. Mungkin juga kompleks kemudahan untuk beruzlah seperti dinyatakan dalam komen sorang adik baru-baru ini.

Dalam topik ini sedikit perkongsian melalui pendapat sendiri. Ini kerana bebanan yang ada perlu diseimbangkan. Sama seperti pemasalahan diri dan lain-lain hal. Sebagai contoh jawatan yang di pegang hendaklah di tanamkan dalam diri adalah sementara. Amanah tetap amanah dan jalankan selagi kita mampu memikulnya serta lakukan dengan ikhlas hati. Walaupon jawatan itu kita pengangnya dalam satu tempoh yang lama. Jadi bila tiba masanya kita lepaskanlah dengan hati terbuka demi peningkatan kualiti sesuatu organisasi. Cakap memang senang, tapi bila kene pada kita amacam, sanggup? huhuhu.. Itulah yang saya risaukan juga dikala memegang jawatan-jawatan ini. Harap jika menimpa pada saya dapat saya lepaskanya dengan rela hati walaupon susah senangnya dahulu kita hadapi. Namun itu proses hidup dan keseimbangan sesuatu organisasi perlu diutamakan mengikut arus semasa

Alhamdulillah kekecewaan dalam segala hal telah dilalui dan mungkin hanya sedikit. Namun harap itu boleh menjadi peringatan buat diri sendiri. Ini kerana tidak menjadi 1 masalah jika adakalanya saya dilupakan oleh rakan-rakan dalam rancangan mereka. Alhamdulillah tidak mengapa kerana adanya perkara lain saya fikir boleh lakukan bg mengisi kekosongan itu. Disitu saya cube seimbangkan perasaan bersama rakan-rakan dengan apa yg saya ada. Kesedihan diabaikan tidak membawa apa-apa makna. Kerana itu akan mendatangkan penyakit Rohani pada saya serta boleh menimbulkan stres secara tak langsung. Keseimbangan perasaan...

Namun dala hal pemasalahan dalam diri ini juga perlu ditekankan kerana banyak diantara kita mengalami tekanan tidak kira kerja, perasaan, keluarga, sekeliling dan lain-lain. Bayangkan satu pengalaman ngeri yang anda alami berkemungkinan menjadi igauan anda dalam hidup. Cube fikirkan pengalaman2 yang lalu menjadikan anda takut atau fobia dalam 1 perkara. Tidak kiralah jika perkara itu mungkin tidak terjadi pada kita tetapi pada org sekeliling kita. Jika berlaku pon hanya ada tetapi tidak seteruk mana. Perkara ini jika tidak diseimbangkan dengan baik akan memakan diri sendiri bila tiba sesuatu perkara yang berkaitan. Sedangkan anda tidak tahu nasib anda berkemungkinan baik.

Cakap memang senang, kita belum kena belum tentu... Tapi ada perkara yg saya tulis diatas ada saya lalui dan sedang lalui. Namun saya teruskan juga melalui hidup ini demi redha Allah. Setiap manusia berbeza perjalanan serta permasalahan dalam diri mereka. Jadi usah kita ragu, teruskan perkara yg baik. Jadikan setiap yang tragis itu sebagai pringatan "precaution"(ceh pki B.I pula) buat diri kita. Disitulah keseimbangan boleh kita capai. Bayangkan tidak semua org menerima nasib yang baik. Sebagai contoh related, Bapa seorg pejuang Islam atau alim ulama' ada juga anaknya tak menjadi seperti mereka atau mungkin lebih teruk. Manakah silapnya yang mereka juga telah sedaya upaya membentuknya.

Jgn salahkan Allah, kerana Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak tahu. Mungkin Allah ingin beri satu nikmat pada umatnya. Saya juga tidak dpt bayangkan jika pkr itu menimpa saya. Akan tetapi langkah berjaga-jaga yang seimbang perlu bagi melalui kehidupan akan datang. Ini sedikit coretan buat diri saya. Dalam pada ini juga terdapat tekanan yng saya cube seimbangkan. Seelok2nya jangan marah... Saya berusaha tidak marah... Supaya syaitan tidak mengalir dalam darah marah saya... InsyaAllah.

Itu sahaja, hayati doa dibawah bat amalan kita semua... Amin...


"Ya Allah, ya Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat disisi-MU & berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkanlah jgn sulitkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yg susah adalah mudah bagi-M, Ya Allah, sempurnakanlah dgn segala kebaikan dengan rahmat-Mu"

Read More
Posted by Al-Hariz on

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan