Baru td publish satu perkara merepek ni dah publist 1 lagi.Baru datang idealah. Tp tak best la ada beberapa blog ni telah di privatekan. Mungkin dah mula segan tu yang private. Hohoho, tu yang malas tlis lebey2 kat blog ni. Hohohoho... Tak pe, org dah tak bg buat tak pe la die tulis tuk sendiri. Semoga itu memberi keselesaan pada die.

Masuk topik marah. Dari tekanan yg ada kita Marah boleh hadir sekejap sahaja. Semua orang boleh terkene penyakit ini. Lagi-lagi bila kita berasa tertekan dengan pelbagai masalah yang dihidapi (saya pon termasuk ni, kene hati2..) tak kiralah dari sudut keewangan ke, masalah diri ke, masalah persekitaran dan mcm2 lagi. Itu belum lg kepenatan lepas kerja kemudian di soal dengan macam2 perkara bila balik rumah. Ada juga akan marah bila diganggu tido, semasa fokus sesuatu kerja dan sebagainya.

Namun disini bukanlah nak bincangkan apa pon sedikit je. Sedikit hadis dati riwayat al-Bukhari dan Muslim rujukan Kitab Bad' al-Khalaq hadis ke 3281:
ان الشيطان يجرى من الانسان مجرى الدم
"sesungguhnya syaitan berlari pada anak Adam mengikut aliran darah"

Wah, tu yang bila marah atau mengamuk je macam2 boleh jadi. Tengok sahajalah macam2 kes bila marah hasil dari cemburu, tidak dapat kawal perasaan jadi la tragedi berdarah. semuanya hasil dari Marah. Eh, mcm ada link pula, mARAH & dARAH. Arah di belakangnya tu mungkin disignifikasikan dengan ARAH aliran atau mengarah. Jadi kenelah pandai mengawal Marah supaya kita tidak mudah terasuk oleh syaitan. ada bermacam caria nak kawal. Tapi ini sahaja perkongsian saya. Sedikit input yg saya belajar. Bersama-samalah kita bermuhasabah keatas diri masing masing termasuk saya yg menulis ni... sekian...


Read More
Posted by Al-Hariz on Tuesday, October 19, 2010
0 comments
categories: | | edit post

Assalamualaikum semua pembaca sekalian. Tiada apa mampu dinukilkan buat masa ini walaupon pada umumnya hendak nukilkan sesuatu yang mungkin pengisian menarik. Akan tetapi idea dah lari tak terkejar. Untuk mengelakkan kosong dan tak diupdate saya tulis la sedikit bg mengisi ms yg ada disamping melepaskan sedikit tekanan perasaan(aik, mcm mn la blh tertekan pula ni..haha)

Tidak tahu tajuknya adalah mencari jawapan dimana saya tidak tahu jawapannya dan penyelesaiannya. Banyak klu nak diikutkan tapi tidak semua dapat dinukilkan disini kerana ada juga berunsurkan peribadi dan agak segan tuk di kisahkan dlm paparan umum. Namun penat je yg datang dalam mencari jawapannya. Tapi tak la juga nak cerita masalah disini. mungkin cerita. Datang 1 masalah melibatkan pengurusan, diri terfikir sejauh mana hebat sy mengurus sedangkan saya hanya mengikut manual yang ada. Tgk la yg mana ada buku manual tersendiri mudah diikuti. Tapi pengalaman yg ada hanyalah meguruskan kelas selama 6 sem. Itu pon menjanjikan 1001 kerenah dan tekanan yg adakalanya boleh meng"short circuit"kan "litar" dalam kepala. Adalah juga pengalaman jadi event team.

Alhamdulillah satu demi satu masalah dapat diselesaikan dengan melalui apa yg kita tidak tahu. Mencari jawapan dengan bermasyarakar, memerhati dan menganalisis maklumat yg ada untuk kegunaan diri sendiri. Ada juga eksperimentasi yg dilakukan. Sebab itulah adakalanya kata2 memainkan peranan dalam apa jua perkara. Maaf la mereka yg tersakit hati. Adakalanya kata2 ini perlu digunakan dengan baik mengikut keadaan, situasi, orang dan masa. Tidak semuanya sama. Mana mungkin marah kita boleh menggunakan nada yg rendah. Entahlah, saya pon tidak tahu apa yg berlaku. Konflik satu demi satu cukup melemahkan diri. Lupe, datang balik, dah lupe dtg balik. Lemah sungguh diri ini menghadapinya. Tapi tidak tahu mana hendak luahkannya. Buat ms ni dgn Allah sahajalah. Zikir dan istghfar pengubat yang laris, formula dr tidak tahu.

Menuntut ilmu dapat saya rasakan satu ketenangan dan banyak merungkai tidak tahu ini. Namun tidak semua jawapan dapat dalam sekelip mata. Perlu diusahakan dengan pelbagai cara. Saya harap dapat 1 masa untuk mencari ketenangan seketika bagi merehatkan minda dan rehat secukupnya. Adakalanya terfikir, jika dalam rehat itu tiba2 saya berada dialam lain, selesaikan masalah itu? Ada yang selesai ada yg berpindah beban pada org lain. Mungkin masalah itu tidak difikirkan selepas mati. Namun, amal dan redha Allah saya perlukan dalam semua yg saya lakukan. Cukupkah amal saya? Allah redha semua yg sy buat didunia ini? Bukan Syurga matlamatnya, Redha Allah yg mencapaikan kita ke syurga.

"Sabarlah wahai diriku, sabarlah, wahai hatiku, sabarlah wahai jiwa ku, sabarlah wahai perasaan ku, sabarlah wahai emosi ku, sabarlah akalku, sabarlah wahai anggota badanku, kerana nikmatnya bukan sekarang tetapi DISANA... " Bila? Saya Tidak tahu. Teruskan bersama saya berjuang dan bersabar. Bersama kita nagis dan rintih bagi melepaskan sedikit keluhan. Semoga Kita bermuhasabah dan istiqamah dalam mencari redha Allah.

Sedikit rintihan yg tidak tahu mengapa...

Read More
Posted by Al-Hariz on

Alhamdulillah syukur pada ALLAH saya dibangkitkan hari ini dalam meneruskan hidup berjuang dijalan Allah. InsyaAllah harap saya dapat istiqamah dalam berjuang demi kebangkitan Islam. Entry kali ini hanyalah satu provokasi yang saya lemparkan bagi melepaskan kekusutan minda.

Tidak semua orang boleh memendam segala permasalahan yang ada dengan umum. dan tidak semuanya juga seseorg itu boleh melepaskan dengan sepenuhnya. Begitulah saya tetap menyimpan beberapa rahsia mungkin sekadar kiasan bagi meringankan beban yang tersimpan. Mungkin org yang tertentu sahaja memahami situasi permasalahan yg tersimpan.

Tekanan demi tekanan hadir dalam diri dan konflik dalaman pon muncul. Jadi tidak mustahil akan terfikir macam-macam. Mungkin ada perkara yang memerlukan perancangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Namun selesai atau tidak tidak tahu lagi. Ada juga memerlukan masa dan tempoh yang tertentu dan kita tidak tahu bila jawapanya akan terjawab. Namun itulah satu ujian kesabaran bagi saya dalam mengharungi segalanya. Segala-galanya perlu pada pengawalan dari sifat termelenting tiba-tiba, termarah dan sebagainya. Itulah realitinya apabila seseorang marah atau mesti ada tindakan yang negetif. Namun sehingga kini saya masih tahan dan mengawal dengan mengambil beberapa tindakan positif. Ini semua telah diajarkan oleh Tuan Guru dalam kuliahnya. Alhamdulillah dengan berbekalkan bacaan doa ketenangan boleh diperolehi. Inilah salah satu cara saya mengatasinya iaitu think positive!!!

Namun, rintihan akan tetap berlaku. Dimana rintihan ingin saya lepaskan? wah, sukar nak menceritakan pada org kerana tak kita tidak rasa ada org yang boleh dipercayakan(buat masa ini la....) Adakalanya kita terpaksa jadi ego sebab malu menceritakan. Mungkin juga saya boleh mengambil inisiatif dengan mengatakan mungkin mereka ada permasalahan yang lebih hebat dari saya dan permasalahan saya kecil sahaja dan cuma perlu belajar. Hahaha, jadi saya belajar mengatasinya. Walau sukar, itulah cabaran hidup yang perlu saya tempuhi untuk menjadi matang (ceh mempositifkan diri balik). Matang??? jeng2... itulah kehidupan. Cara kedua menceritakan pada org ini agak perlu berhati-hati bagi saya. Ada je orgnya bergantng pada keadaan jika saya amat memerlukannya...hehehe(boleh pula ku menceriakan diri dalam ini)

Namun setiap tekanan itu saya tetap cuba uruskan dengan berkelana dengan sahabat-sahabat yang ada adakalanya ketenangan itu diperolehi namun ada juga bertambah..ahahah. Tentang apa? hurm, biasalah, tapi isu-isu itu dapat diatasi. Pandai-pandailah mengawal situasi... Dalam pada itu juga ada juga cara-cara sampingan saya boleh buat untuk atasinya. Namun diri ini tetap memerlukan ketenangan yang abadi. Boleh je, mati jawapannya... Mati memang menyelesaikan masalah kita tetapi masalah itu akan berpindah pada org lain yg berkaitan. Yang mati manalah nak setelkan masalah, kot hidup balik pengsan org yang hidup...hahah. Jadi dalam segala hal, kita mengadulah pada Allah, rintihlah pada Allah. Kerana setiap rintihan itu akan Allah dengar. Setiap permintaan itu akan Allah dengar. Namun penyelesaianya tidak serta merta. Ia memerlukan SABAR. itulah kata kunci dalam segala hal.

Jadi saya perlu sabar dalam menanti Jawapan ata kaedah penyelesaian dari Allah. Sabar, sabar, sabar... InsyaAllah ada nikmat dari sabar itu yang akan saya perolehi.

"Ya ALLAH berikanlah saya kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam mengharungi hidup ini. Jadikanlah saya org yang bersyukur...(ameen...)

Read More
Posted by Al-Hariz on Wednesday, October 6, 2010

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan