Alhamdulillah syukur pada Allah diatas nikmat yang diberikan disamping umur hidup saya yang bertambah sehari pada hari ini. Kali ini ingin saya tulis sedikit cerita semasa trip saya ke kelantan, hehehe... Bukan tak pernah ke kelantan, pernah sekali itu pon job bintang mukmin ikut Nasyeed.com. Tak sempat jalan-jalan pon dan singgah mana-mana. Tapi Kali ini , Alhamdulillah ada kesempatan. Lama sikit la siap boleh jalan-jalan jap. Walaupon dasar utamanya kakteah bertugas sebagai urusetia. Jadi saya pon ambil peluang yang ada nak ke sana, boleh juga jadi pemerhati dan tengok-tengok apa yang ada di kelantan.

Maklumlah, media yang ada kat Malaysia ni semuanya pemutar belit dan merbahaya. Main belasah je kata kelantan tu mundur dan sebagainya. Objektif utama untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang sedia ada. Nak kata pon N9, Johor dan negeri lain pon ada tempat yang mundur. Klu tunjuk kawasan pedalaman memang la semuanya sama je. Yang penting cara pentadbiran betul. Alkisahnya, ada ke kat pekan atau bandar utama boleh dapat air teh 'O' 40 sen? Kota Baharu, Kelantan ada wei... Kepada mereka yang percaya dengan wadah UMNO? dan media yang slow tu berhati-hati lah dengan fitnah mereka. Ok, Masuk topik. Perjalanan kami bermula jam 10malam dari Klang dan berhenti di Gombak meet point dengan abang aslam. Jadi Plan ini bersama abg Aslam la. Tapi perjalanan ke kelantan di pandu sepenuhnya oleh Alang. Sebab die dah tido, den tak leh tido la, sibuk kemas baju sikit. Di stesen minyak Gombak, kami isi minyak & membeli sedikit bekalan dalam kereta. Kot-kot ada yang boleh diisi dalam perut..hehe

Dalam perjalanan, saya pon tido la..ahahah, Mengantok je rasanya jadi saya tido, dan yang teman alang, kak lang le.. hehehe... Yang bestnya perjalanan kami makan masa 12 jam barulah sampai... hahah. Sebabnya abg aslam pon penat jadi die rehat la di mana2 dan kami tunggu di mana yang kami tahu. Rasanya lebih 5 kali pit stop la. Ada berhenti buang air, isi minyak, tido dan makan.. Yang bestnya ada makan tengah pagi dalam kul 3 lebih kami makan di Gua Musang tak silap la. sampai la nak ke subuh. Last-last solat subuh di masjid berdekatan. Lepas solat abg aslam & alang jumpa la beberapa kenalan mereka iaitu ada yang dari dewan ulama' dan beberapa kawasan. Lepak-lepak borak jumpa la pula ustaz zul pemuda pandan, cikgu roseman, abg saiful, cikgu azrin dari PASTI Malaysia dan ramai lagi yang berhenti solat subuh disitu. Kami meneruskan perjalanan dalam kul 6 lebih,. Kami sampai di PUTIK dalam kul 10 lebih la untuk meletakkan barang pendaftaran dewan Muslimat dan lain-lain.

Kemudian kami terus ke lokasi makan. Ha, kat sini la boleh dapat teh O 40sen, teh O ais 60sen. harga yang itu je saya tahu bab air itu yang kami oder. Makan laksam dalam RM2 sepinggan. Kenyang juga la. Kuih abg aslam beli seringgit tah lebih 5 ketul la. Sebelum ke kedai tu ada kedai kek jadi ada la alang oder something. hehehe(paham2 je la kan... masa sampai kedai ni 9 jun, esoknya??? jawab sendiri la..) Pagi ni makan pagi saya oder laksam dengan kopi radix(RM1.50-harga standart beli pon berapa nak jual itu la harganya.) Air kopi radix kot kat sini ada yang jual RM2-3 ringgit la. Selesai makan kami ke tempat penginapan untuk daftar masuk. Semalam RM50/bilik. Amik 2 bilik satu muslimat satu muslimin. Ceh, mereka nak usik saya tuk tido luar bab ada 2 keluarga. Den je tak bekeluarga... hohoho.. Takpe takpe, coming soon...ahahah.

Kami chek in dan tengok bilik tu punya la best, selesa dan ok la. Cuma tak sempat amik gamba da... siap ada TV lagi tu. Tp bukan tgk sangat pon.Petang tu kami keluar tapi tak ingat da.. ha.. ingat balik, ada HiTea muslimat di PCB. Sambil tunggu kami lepak di pantai sambil menikmati angin laut. Ada juga makan, sedap bebola goreng, sotong goreng dan macam-macam ada. Kelapa jeli RM1 sebesar bekas air RM1... Lokasi makan tgh hari kami(agak lewat juga tu ahah). Lepas makan tu kami berjalan ke pantai dan anak-anak abang Aslam pon bermain layang-layang... Sampaikan anak kecil abg Aslam menjadi penyu gayanya dah.. Macam-macam telatah anak kecil abg aslam ini. Sambil-sambil tu juga saya pinja laptop abg aslam dan on9 ditepi pantai yang indah...(eh2, mcm intro lagu je..). Siap tengok google maps lagi untuk tgk jalan shortcut ke KB. Rasa tadi kami jalan macam jauh masa datang..

Lepas amik kak lang & kak nizah kami gerak pulang. Tapi pada masa tu juga kami berlari seketika ke PUTIK tuk bantu kerja persiapan perasmian. Tapi Alhamdulillah selesai kejenya. Jadi kami pon balik ke bilik untuk bersiap. Malam tu kami ke PUTIK nak dengar perasmian tapi hampa sebab jem dan tiada tempat nak parking. Jadi kami just tinggalkan kak lang dgn kak niza(isteri abg aslam) untuk ke perasmian penuh. Bila tengok parking penuh dan berjela-jela jauhnya kami pon pi la, makan malam pastu balik ke bilik. tapi baru letak punggung da dapat sms da abis perasmian. Pastu kami patah balik dan amik la kak lang dan kak niza dengan 1 kereta. Abg aslam jaga anaknya yang pelbagai ragam. Budak-budak biasalah...

Malam tu juga lepas makan dan sebelum pulang kami ada ke kedai kek tu semula untuk mengambil kek. Apa nak tulis atas kek tu pon dari 3 baris jadi 2 baris. Klu tak lagi panjang ayat alang nak tulis atas kek tu, Tapi terpaksa pendekkan sebab keknye tak besar mana jadi takut tak ok pula nanat keknya, kat orang kedai tu la. Last-last "Selamat Hari Lahir Fatihah" je la. Tu yang baru sampai bilik pastu patah balik ke PUTIK.hohoho... Sampai bilik penginapan jer da kul 12, menadakan 10 jun.. Jadi kami pon menyebut "selamat ulang tahun untuk anda..." hahaha. Kami makan kek masa sarapan pagi sebelum pi sarapan di kedai...ahahaha... Setakat ini dulu nanti saya sambung citer lagi..

Tibanya di Pantai Cahaya Bulan(PCB)

Agenda utama kita makan dulu... Wah sedap, pilih jangan tak pilih, pastu masing-masing bayar..ahaha

Menunggu hidangan siap dipotong, kami berbincang untuk program PASTI di Pulau pinang hujung bulan ni

Ya, aksi kami..ahaha

Ya, abg aslam menunjukkan kemahiran bermain layang-layang. Si afifi dengan kemahiran penyunya...

Gelagat anak-anak abg asalam

Inilah rupa keknya.. Bluebery kek...nyam2..

Ya, nyanyi la lagu Allah Selamatkan kamu... Mari makan....!!!!

Posted by Al-Hariz on Monday, June 14, 2010
categories: | edit post

0 comments

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan