Alhamdulillah, syukur pada Allah dapat saya bernafas di pagi ini dan Alhamdulillah dapat juga menulis dilaman blog sendiri pada kali ini. Maklumlah terdapat tugas yang perlu diuruskan terlebih dahulu. Entry kali ini tidak mengisahkan sangat perjalanan hidup, tetapi ia berkait juga dengan kehidupan seharian kita. Namun itulah yang akan kita lalui, terpaksa lalui dan tempuhi juga dalam kehidupan seharian. Bagaimanakah kita hendak seimbangkan kehidupan kita adalah bergantung pada keputusan kita.

Saya bukanlah orang yang pakar dalam bidang ini tetapi hanya perkongsian yang mungkin berguna dan mungkin boleh dibakul sampahkan bagi mereka yang tidak memerlukannya. Biasanya hidup ini perlu membuat keputusan, bagi si anak-anak kecil mungkin sibuk memilih 2 pasang baju yang terbaik diantara yang ada didalam kedai atau mainan yang diminati(itu pon kene tengok baget yang membawanya ke kedai tersebut le...hahaha). Bagi yang da mula remaja, cara hidup mereka terlah berubah. Jadi keputusan yang hendak dibuat bertambah contohnya nak sekolah mana, nak berkawan dengan sapa sehinggakan perlukan bercinta atau berkapel?(jawapan: jgn la menggatal dulu.. sekse jiwa je...)

Diringkaskan cerita sampailah kita dalam soal jodoh(ai, ini kritikal sikit bg penulis...) rumah tangga, anak-anak dan lain-lain hal hingga akhir hayat. Skopnye berubah-ubah mengikut peringkat umur dan situasi. Pernahkah anda kena memilih diantar satu dalam satu perkara(Jodoh tu skop istimewa punya cerita)??? Pengalaman saya pernah lalui iaitu memilih 2 tempat pengajian untuk saya pergi. Biasanya yang dapat tawaran mana dapat pi je dulu bila dapat yang lagi best tukarlah yang best. Tapi saya mendapat tawaran ILP dalm sijil komputer dan pada masa yang sama menunggu panggilan politeknik yang tidak tahu dapat ke tak. Jika da masuk ILP tak blh tukar apabila tawaran ke poli menyusul. Satu pilihan yang membebankan.

Sampaikan org ILP coll untuk minta disahkan penerimaan. Nak taknak ckp je terima, tetapi Alhamdulillah sebelum masuk ILP lg beberapa hari, dapat tawaran ke politeknik utk diploma kejuruteraan elektronik. Itu belum lagi membuat keputusan sebagai pemimpin kelas yang adakalanya mengajar kita erti kesabaran. Bayangkan untuk menguruskan satu majlis kelas, perlu melayan kerenah 44 orang yang pelbagai ragam. Tapi bila tolak campur mingkin separuh daripadanya sahaja sudah cukup menaikkan darah yang tak tinggi. Adakalanya bila kita membiarkan sesuatu masalah itu begitu sahaja mungkin kesannya bukan pada kita tetapi kesannya untuk kita ingati sampai bila-bila. Tidak dapat saya ungkapkan serta cerita disini pemasalahan sewaktu ingin mendapatkan segulung Diploma.

Suassana dalam masyarakat telah biasa ditempuhi. Namun bila masuk sesuatu NGO ia mungkin salah satu tiket untuk kita mudah bekerja. Ragam manusia tetap ada bukan 44 ragam, tetapi lebih daripada itu. Jadi sebarang keputusan juga boleh mempengaruhi NGO tersebut. Bagaimanakah kita perlu bertindak? Pilih tindakan dengan cermat dengan memproses setiap baik dan buruknya. Contohnya, maklumat yang disebarkan dari negeri kekawasan, jika cawangan bertanya soalan yang luar dari pengetahuan kita. Perlukah kita jawabnya? jawapannya tidak, seelok-eloknya rujuk kembali pihak yang lebih mengetahui untuk mendapat jawapan yang lebih tepat.

Ia sama seperti dalam membuat soal jawab berkaitan agama lagi-lagi bab Hukum. Bila kita tidak tahu, jangan jawab dan tangguhkan jawapan itu untuk dicari jawapan yang sahih. Asal ada soalan sahaja nak jawab, asal jawab je bila disoal tapi jawab ikut suke hati die. Janji jawab sebab program tu kata, tanyalah ustaz dan ustazlah kene jawab. Ini juga melibatkan keprofesionalan ustaz itu menjawab, silap jawab bahanalah ustaz itu bila yang silap itu diamalkan oleh penanya. Kesannya akan berturutan. Dalam banyak-banyak perkara orang tertentu yang kita rasa boleh dipercayai serta mampu memberi idea atau pandangan amatlah perlu. Oleh itu elok kita meminta pandangan orang lain agar pilihan keputusan yang dibuat meyakinkan kita.

Untuk rujukan dan panduan apa-apa perkara sekali pon salah satu komponen yang penting adalah rujuk pada ALLAH. Solat sunat hajat atau ishtikharoh mungkin membantu kita dalam satu-satu pemasalahan. InsyaAllah, segala-galanya akan dipermudahkan. Yakinlah dengan Allah. Tapi perlu diingatkan solat ishtikharoh bukan jalan untuk minta ALLAH pilihkan tetapi kita pilih ALLAH mudahkan serta redhakan.(Jika silap minta tegur ya..) InsyaAllah... ini sahaja nukilan saya. Ada topik bikin lagi...

Read More
Posted by Al-Hariz on Tuesday, May 25, 2010
0 comments
categories: | | edit post

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan