Bissmillahirahmanirahim...
Hari ini sy ingin mengutarakan kepelikan yg berlaku dalam seantero masyarakat Islam kita di Malaysia. Hal ini juga ada persamaan berkait dengan bulan Ramadhan. Antara yg kita ketahui ialah umat Islam kita mengejar Solat Sunnat tarawikh berjemaah, 2 solat sunnat hari raya(idulfitri & iduladha). Jadi disini mmg timbul kepelikan kerana masjid dan surau akan penuh. Tetapi cube kita lihat pada solat fardhu yg lain, ia x sm spt solat2 yg disebutkan td.

Yang k2nya kita blh lihat solat jumaat mmg umat Islam bg lelaki adalah wajib untuk menunaikannya. Tp mengapa kita tdk blh mengulangi perbuatan ini sm dengan solat fardhu??? Di sini ada ustaz menyampaikan ceramahnye dan menyimpul mereka ini adalah ahli sunnat wal jumaat bukannya ahli sunnah wal jemaah. Ini kerana mereka suke mengejar 3 solat sunnat td dan solat jumat berjemaah berbanding mencari fadhilat solat jemaah pd solat fardhu yg lain. Sedangkan ianya dituntut utk berjemaah

Pada bulan ini setiap amalan digandakan sbyk 700 kali ganda. Cube kita bygkan klu pahala ini ditukar dengan nilai mata wang, pasti ramai yg sibuk mengejarnya. Disini Allah igin melihat hambaNya mengejar sesuatu yg akan mereka dpt diakhirat kelak. pada pertengahan ramadhan ini dpt kita lihat berkurangnya Jemaah disurau2 dan masjid. Diawal2 dahulu penuh sesak skrng keadaannya spt mlm jumaat. Oleh itu marilah kita bermuhasabah utk meningkatkan Iman dan ketakwaan kita kpd Allah. Kita sebagai manusia dimuka bumi ini perlulah mengimbangi dunia dan akhirat spy kedua2nya kita kecapi(kdua2nya perlu kita bw).

Read More
Posted by Al-Hariz on Saturday, September 20, 2008
2 comments
categories: | | edit post

Bismillahirrahmani rahim....
Pada hujah yg lepas ada di terangkan konsep taqwa di bulan ramadhan. Kebnykkan ustaz bersetuju dan ada mengaitkannya dlm ceramah mrk, iaitu bulan ramadhan adalah sebagai latihan utk 11 bulan akan dtg.

Disini mari kita bersama memikirkan dan bersama2 meningkatkan pahala kerana setiap 1 nya akan digandakan berbeza dengan bulan2 lain. Antara amalan atau ibadah sunnat yg biasa dilakukan oleh umat Islam lakukan sekarang adalah solat sunnat tarawih dan bertadarus. Terdapat juga amalan lain bukan setakat ibadah tetapi perbuatan yg boleh kita lakukan utk menambah amalan kita.

Antara amalan sunnat/ ibadah yg blh kita lakukan adalah:

  • Qiamullail(solat tahajjud, tasbih,hajat & sbginya)
  • Solat2 sunnat sebelum dan selepas solat fardhu & Dhuha
  • Berzikir, bertasbih & bertahmid.
  • Perbuatan sunnah lain yg dilakukan Rasulullah sms dibulan ramadhan
  • dan lain2 lagi
Semasa kita bekerja, berjalan, naik moto dan sebginya(kecuali di dlm tandas & tempat terlarang) kita blh berzikir dan antr zikir yang terbaik ialah Laillahailallah. Ini adalah antr perbuatan mudah yg blh kita lakukan sebagai penambah amalan. Perbuatan Rasulullah spt berbuke dgn makann manis jg blh kita ikuti sbgi mengikuti sunnah baginda. mungkin disini sy blh bg 1 sunnah yg biasa kita terlepas pndg antrnya menatap atau duduk 5minit awal sebelum berbuke dihadapan makan.

Dibulan ini juga x semestinya kita hanya melakukkan perbuatan ibadah sahaja. Terdapat juga perbuatan akhlak, nilai-nilai murni yg blh kita lakukan. Antara perkara yg kita blh lakukan adalah melakukan kerja masyarakat. Ini kerana kita blh lihat disurau/ masjid khususnya terdapat bermacam2 program di bulan ramadhan. Jika kita tdk mampu dr segi keewangan kita blh menyumbg dlm bentuk tenaga atau sebaliknya.

contoh perlakuan yg blh dilakukan dengan bergotong royong mengemas atau menjaga kebersihan surau, membantu menyediakan bubur lambuk, dan seangkatan dgnnya... byk lagi perkara yg blh kita lakukan. Dalam Bulan ini juga terdapat sebahagian surau / masjid mengadakan majlis berbuke puasa dan tazkirah. disini kita blh bersama2 mengikuti majlis tersebut. cube kita lihat bertapa mudahnye amalan yg kita blh lakukan.

Dibulan ini juga marilahkita bersama2 perbanyakan berdoa, kerana di sepuluh malam yg pertama adalah rahmat dr Allah, 10 pertengahan adalah keampunan dr Allah dan 10 hujung terakhir adalah dijauhkan dr azab api neraka. Jd marilah kita perbanyakkan berdoa slg blm selesainya bulan ini seupaya kita mendapat apa yg Allah telh berikan kpd kita.

"Sesungguhnya sekecil-kecil sunnah tu ialah mengalihkan sesuatu yang boleh menangguhkan atau menghalang perjalanan..."
Renungkanlah

Read More
Posted by Al-Hariz on Friday, September 19, 2008
0 comments
categories: | | edit post

Assalamualaikum. Pada hari ini sy igin berkongsi pada pembaca2 blog sy sekalian berkenaan tudung dan aurat. Seperti mana kita tahu dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 yg bermaksud "hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali org, kerana itu mrk tdk diganggu" dan juga ayat al-quran yg lain Surah An-Nur ayat 31. Begitu juga dgn hadis Rasulullah yg telah bersbda'" Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mrk tdk blh dilihat akan dia melainkan mukanya & 2 tpk tgnnya hingga pergelagan tgn"-hadis Riwayat Abu Daud.

Disini sy menekan ttg aurat wanita kerana mrk perlu menjaga dgn teliti aurat mereka krn itu adalah maruah mrk. Walaupon sy lelaki, dan ini adalah hal kaum hawa tapi sy igin cube mengkaji, menyelidik & memahami mereka yg menjaga aurat ini. Ini kerana seringkali mereka yg tdk memahami ttg aurat yg sbnrnya ada jg yg memberi pndgn seorg terhadp aurat. Disini sy telah mnyebarkan beberapa psoalan pada email kenalan2 sy yg sememagnnya mementingkan tudung & aurat dalam hidup mrk. Bukan sekadar bertudung sahaja tp aurat terdedah tp bertudung n aurat terjaga. Mereka ini jg tdk sekadr bercakap shj menjaga aurat tp nyata melakukannya.

berikut adalah persoalan yg sy sebarkan kepada mrk, dan sy hanya dapat balasan dr 5 org sahaja. InsyaAllah jk ada perkembgn sy akan menmbahnya kemudian.

-Assalamualaikum...sy alhariz, igin bertanyakan soalan yg mungkin biasa anda alami atu tidak.
ia hanya sekadar ingin tahu, megumpul maklumat, menganalisa, tindakan
seseorang yg dilakukaannya.

  1. mengapa anda menutup aurat?
  2. tidak panas ke pki tudung labuh2?
  3. apakah pandangan anda ttg fasyen dalam Islam?
  4. apa pandangan anda ttg fesyen terkini?
  5. apaa pandangan anda pula ttg fasyen yang dikatakan sesuai utk muslimah bertudung zaman sekarang?
  6. ops... 1 lagi.. apa pandangan, ulasan n jawapan anda bila seseorang perempuan mengataakan "ala, org pki tudung pon buknnya btl sanagt... diorg 2 pure2 je... padahal ada juga yang asik suke mengata dan buat lain2 maksiat pon ada..."

maaf di pohon jika ayat2 diatas ada yg kureng senang, mungkin jwpan dr anda semua akan berguna. buktikan lah anda seorang muslimah yg sejati...
rs2, yg mana blh jawab, jwb la ye? sekurang2nya jawab...
itu saja.... syukran........
wassalam...

Berikut adalah jawapan dari mrk, penama2 ini dirahsiakan.

Jawapan dari cik A

1)Sume org tau kn tutup aurat sbb ikt syari’at islamkan..so sp yg dpt hidayah die akn ikutla n begitulah sebaliknye..
2)Sy xrasa panas pn..n selesa lg ade..tp ikut keadaan jgla..
3)kebanyakan fesyen terkini telah banyak dihadharikan..so kt sebagai muslimah yg sebenar2 muslimah kn pandai memilihla yg mn betol2 disyaria’tkan oleh islam..xsalah nk bergaya asalkan xmelebihi batasan..
4)lg 1 syarat2 tutup aurat bg muslimah especially tdg sebenarnye xjarang n melebihi bawah dada..
5)hmm..xkesahla ape org nk kt asalkan ape yg kt buat 2btol…jgn amek ati sgt ape org kt,yg pnting kt pndai jg diri n buktikan kt sume cr sebenar berpakaian n tunjuk contoh yg terbaik…
Setakat 2 jela pendapat sy..amek yg mn elok,yg buruk buang jauh2..wallahua’lam..

Jawapan cik B

erm..saya akan cuba menjawab walaupun mungkin ade jawapan saya akan disangkal oleh org lain..

1. xpanas pun tutup aurat..lebih sempurna..lagi pun pakai buju ketat,lagi rimas,seksi2,sejuk..lebih menarik..klu permata,kita nak dalam bekas tertutup atau bekas terbuka?bekas terbuka,penuh dgn habuk..yang tertutup, xde habuk..

2. alah bisa tegal biasa..tiup angin,xterselak..(sape setuju??)kawan saya pakai tudung labuh sebab masa program kat pantai,dia kata terselak if pakai tudung pendek..erm..terpulang labuh macam mane,tapi kena igt ayat dalam surah ANNUR:31

3. islam itu mudah..dalam ciri2 ISLAM..ISLAM itu,THABAT DAN MARUNAH (tetap dan fleksibel)..boleh faham ape maksud saya??

4. org xfaham konsep tutup aurat sepenuhnye..bertudung tetapi hanya tutup rambut..leher??dada?lengan??fikir2kan

5. menurup aurat dan berketerampilan..cukup sekadar kemas dan sedap mata memandang..(bukan menjolok mata)

6. memang kita manusia yang xlari dari kesilapan..bg saya kita jadi diri sendiri..jgn bg alasan untuk xmenutup aurat..sekurang2nye..kita jalankan ikut perintah..org yang tutup aurat dgn sempurna dan faham akan rukn ISLAM dan IMAN shj yang betul2 dapat jaga dirinya...dia yakin yang ALLAH tuh MAHA melihat..sekurang2nye,1st impression org pada kita adalah mendoakan yang terbaik utk kita..mudah2an yang menutup aurat tapi masih leka itu sedar akan kesilapannye..dulunye,sebelum saya berubah kepada sekarang,saya tkut untuk pakai tudung labuh sebab ungkapan yang saudara ungkitkan.sebab saya sedar,saya bukanlah yang terbaik,saya takut merosakkan pandangan orglain terhadap org2 yang bertudung labuh disebabkan perangai saya..


Jawapan cik C

insyaALLAH saya akan cuba jawab...
kenapa ye saya bertudung? bukti ketaatan pada Tuan yang Menciptakan ku...
panas? panas gak tapi kan ada kipas n icon....apalah sangt panas di dunia nak
dibandingkan panas di akhirat.
fesyen kini.....dah namanya fesyenkan.....Nabi Muhammad pakai
pakaian sunnah bukan mengikut fesyen dan zaman
fesyen terkini ikut landasn syariat tak ada salahnya disisi islam....
niat kerana Allah.......tutup aurat.......tak tabarruj........tak menyerupai pakaian oarang yahudi....bukan tujuan untuk menunjuk2....datang dari sumber yang halal.......
kalo kta g kedai makan nak bli nasi lemak paru (sedapnya) kita nak beli nasi lemak yang terdedah tunggu dibeli atau nak beli nasi lemak yang di tutup tudung salji.....
pikir2kanlah....sorryla kalo jawapan tak memuaskan....

Jawapan cik D

salam 'alaik... sy ni xdelah arif sgt pon klu nak komen2 nih, tp ape yg sy tau, sy cube kongsi la..
klu nk tnya sbb pkai tutup aurat ni, ada byk sbnrnye.. yg utama, mstlah sb suruhan Allah..
bila crita psl suruhan Allah ni plak, ada sebab tsirat pulak knp Allah suruh tutup aurat.. maknanya ape je pkare yg bkaitan dgn Allah ni ada satu jaringan yg mhubungkan sgale urusan yg manusia jalani dlm hidup.. kenapa Allah suruh perempuan tutup aurat, satu sbbnya sbg ciri2 wanita islam, membezakan antara wanita islam dgn kafirun.. maknenye, bile ade muslimah yg x pkai tudung, bukanlh nk tuduh die kafir, tp die x meletakkan garis sempadan antra die dan org kafir, sekaligus da memberi tanggapan yg x baik pd org bukan islam, tp klu nk dalami islam ni, bukanlah kene lihat pd penganutnya, tp pd ajarannya...(luar topik jap.. huhuhu)
yg keduanya, bile muslimah ni da mnutup aurat, bmakna da mjg kehormatan diri die sndri.. perempuan ni penciptaannya sgt unik.. bile Allah suruh tutup aurat, maknenye Allah suruh pmpuan mlindungi anggota bdnnya dari dilihat oleh org yg x spttnya, sbb 'aura' yg ada pd wanita.. 'aura' yg mampu membunuh iman seorg yg bnama lelaki.. manusia x akan tengok dan belek lama2 tubuh lelaki yg x pkai baju, tp klu sorg pmpuan hatta die bbaju dan bjubah skalipon, x menjamin diri die tu x di'scan' oleh lelaki.. sy fhm, lelaki punya nafsu yg berbeza, maknenye pmpuan kene mainkan peranan juge, fitrahnya lelaki dan pmpuan saling melengkapi.. insyaAllah syurga sbg jaminan sbb ada hadis, perempuan bile solat 5 waktu, puasa bln ramadhan, memelihara khormatan dan taat pd suami, die boleh msuk syurga dr mn2 pintu yg dia suka.. pmpuan sng masuk syurga, sng juge msuk neraka... yg ketige, bile mnutup aurat ni akan mewujudkan tanggapan yg baik oleh org ramai.. bile mnutup aurat, insyaAllah membawe satu pengaruh yg baik pd org yg memandang..

panas atau x bile pakai tudung, spttnye x jd isu.. org yg panas hati je yg akan terfikir persoalan tu.. ok la, klu still nak utarakan isu remeh tu, xpyh la pakai tudung labuh, pakai tudung 3 segi pun takpe... bukan panas pon.. bile pakai tudung, kn faham dan kena kaji ape maksud memakai tudung tu.. pakai tudung x semestinya tudung labuh, tudung fesyn apa pun takpe, tp yg pntg mesti melabuhkan tudung lebih dr paras dada, x jarang.. inilah garis panduan mcmn sbnrnya cara memakai tudung, kdg2 ada yg pkai da labuh ke dada, tp ada satu silapnye, kainnya jarang smpi menampakkan btg leher, nmpk serkup kpale..
kdg2 da labuh, kain tebal tp ade jgk silap.. kat mn?? sbb lupe nk tutp bhgn kat leher yg tdedah.. jd kene pkai pin, tutup bhgn tu..

fesyen islam maksudnya berfesyen mengikut garis panduan islam,. bkn berfesyen dgn hanye mgunakan material pakaian islam mcm tudung, bj labuh tp x ikut ajaran islam.. sy sndri x nafikan sy juge gemar berfesyen, tp alhamdulillah ape yg sy pilih, insyaAllah menepati apa yg islam anjurkan... ade byk fesyen yg mbawe nm islam skrg, tp sygnye x menepati, jd sbg org yg mcm suke bfesyen, kdg2 rase mcm x ada pilihan bg wanita muslimah dlm berpakaian, cthnye ada rekaan tdung yg pendek, x labuh smpi ke dada, dah la mcm tu, siap blh lilit2 kat kpale dr labuhkan tudung tu.. mgkn ada org boleh pkai, tp klu sy, xblh la........... bukanlah nk kate nk bfesyen lebih2, tp skurang2nya ada pilihan utk muslimah memilih pakaiannya... klu dr sudut pndgn sy bdasarkan fesyen budak2 uia, da jd trend pkai baju labuh belengan pendek, kmudian pkai baju lengan pnjg kat dlm.. sy rase itu ok je, tp kene pastikan baju yang diluar xlah terlalu ketat, dan baju lgn pnjg tu plak x tlalu ktat dan x jarang... klu dlm dunia fesyen global plak, skrg ni byk yg ketengahkan fesyen jubah seluar dan jubah.. tp awas, tengok bhgn atas ok, bile tgk kat kaki, kain terbelah la plak... sayangnya....... bj da cantik, tp slack kat stu plak...

fesyen skrg ni pon, mcm sy ckp td, mmg ade yg bawe nm islam, tp hnye pd pakaian, bkn pd caranya.. jd lebih sesuai dikatakan fesyen inspirasi dr islam, bukan fesyen islam... kdg2 ada org yg x kisah sgt dgn care2 bpakaian, mcm pki bj lgn pnjg yg x labuh lbh dr punggung... klu org yg x fhm, mereka akan kata ajaran islam ni kolot, x blh pkai tu, x blh pkai ni, tp mereka x lihat significant larangan tersbut... cthnye knp xblh pkai tudung jarang, sbb klu pkai tudung jarang, nmpk la ape2 yg x patut kat leher tu, mcm kurap ke, kudis ke, kan memalukan.. lg, knp kene labuhkan tudung, sbb nk tutup bhgn dada, klu x tutup bhgn dada, banggalah bjalan tyg dada, sy yg pmpuan ni pon malu tgk, labuhkan tudung dpt hindarkan pndgn x elok lelaki khususnya... knp x blh pkai ketat??? sbb klu pkai ketat, nnt nmpk la spare tyre brpe lapis yg ade kat prut tu.. tu klu bdn bsar.. yg bdn kcik pon, klu pkai bj ktat,org blh tgk tau, blh ukur saiz dada awk tu, sklai pndg je, lg2 lelaki....(sory ckp mcm ni).. tp ni la antra cntohnye.. kene kaitkan larangan yg Allah da gariskan dgn kesannya ataupun kaitannya dlm hidup kita... indahnya Islam...............

perempan pkai tudung bknnye baik?? bende ni mmg da slalu sy dgr... klu nk diikutkan pon, mgkn ada benarnya, tp sy x stuju.. pndpt sy, mereka ni bukanlah x baik sbnrnye, cume mereka gagal menonjolkan watak sbg seorg muslimah... kite sndri tau, ade je perempuan yg pkai bj kurung, pkai tudung, tp buat x snonoh.. sy bckp dr pglmn sy bhdpn dgn couple yg buat x snonoh dlm komuter... ape jd lpas tu?? ckupla sy kate nsb bek laki tu x tampar sy sbb mrh dgn sy... dan ada jgk budak uia yg amik kursus gempak, tp msh berani dating bdue.. jd respek org2 lain pd mereka da x ada.. sayang.... ni pon ckp dr pglmn nih.. dan sy pnh jgk bgaul dgn golongan yg btudung labuh ni, diorg ni mmg baik, byk nasihat... tp yg x bestnye kdg2 mereka ni klu blh nk bgaul dgn org yg mcm mereka je.. bukanlah sy kate smue pmpuan tudung lbuh mcm tu, tp hakikatnye ade gologn mcm tu.. pgaulan ni klu blh biarlah universal, dgn siape pun bgaul, x kire pnampilan dan ltr blkg die.. yg mn baik kite ikut, yg mn buruk kite tgur... sbb tu kdg2 gologn mcm ni dicop sbg sombong... kdg2 diorg nmpk sy mule2 pkai bj kurung, tudung bsar, diorg blh masuk.. tp bile tgk sy pkai lgn pnjg dgn jeans je pun, diorg da blh pndg serong pd sy.. jd mcm x seronok la bile org lyn kite mcm tu.. hnye krn pnmpilan yg bbeza.. xblh la ade diskriminasi mcm tu... pastu kdg2 manusia ni sbuk sgt nk bezekan yg pkai tudung tige segi dgn tudung labuh, yg mn satu yg btul...tp xnak plak amik tau org yg x pkai tdung, mereka itulah yg spttnye diberi phatian, bknnye sibuk pd urusan membandingkan org pkai tudung lain2... perkara remeh mcm ni la yg kite kdg2 tlepas pndg...

ksimpulannya, ajaran islam ni da sgt complete da, tpulg pd kite mcmn kite nk menunjukkan kesempurnaannya... ape yg sy kongsikan ni, wlupun x byk, tp bdsrkan ape yg sy lihat, ape yg sy rasa, ape yg sy amal... sy kurg arif klu nk bbicara ttg hukum hakam, tp insyaAllah nilah yg tmampu sy bg sbg jwpn.. minta maaf klu ade ayat yg myinggung perasaan, kdg2 kite kene emosional dlm mengutarekan pndpt.. selamat bjaye...
insyaAllah kite sume sm2 bjaye d dunia dan akhirat... jike ade ape2 pmbtulan dan pnmbhn ilmu, blh la maklumkan pd sy... assalamu'alaikum......

Jawapan cik E

Assalamualaikum..em aku try ler jwb soaln2 ko ni..

1) knp tutup aurat? Dulu ms sekolh ikot orang jek sebenarnya..hati tak terpk pony g kita kene pakai kerane Allah n iman. Tapi bler naik menengah tinggi, akal da dpat berpk dgn rasionalnyer aurat ni knp kita kene ttp? Sebab dia reflect maruah kite. Di mane hanya orang yg benar2 berhak jek yg ada hak utk nampak aurat kita and tok elak pkr2 yg tak diingini. Lg 1, kompem r sebab Allah punyer suruhan kan .

2) Pasal panas ke tak pkai tdg labuh..kalo dah biasa pakai tdg dan hati pon taw tujuan pakai tdg 2..pd aku, istilah panas tu x kn wujud. Hatta paki tdg bawal p nada yg ckap pans..paham2 jela yg hakikatnyer orang tu tak suka pakai tdg pn sebenarnyer.

3) Fesyen dlm islam rasanyer ckp baek da tok di apply n d pakai…requirement yg perlu iaitu menutup aurat tu bknnyer tak bg pape faedah n byk kebaikannyer.

4) Fesyen terkini ek..? byk kot tp em suma mcm ketat n mcm tak menepati ciri2 aurat tu sndr..

5) Soaln no 5 ni aku tak taw nak jwb cemaner..em

6) Soalan akhir ni…mcm nil ah..umpamanyer nak ajak orang msk islam kn, kita ajak dia tgk mcm maner islam tu sndr bukan tgk orang yang dipanggil islam tu..ala, sngnyer, kita nak beli keta merce, kita tgk keta bkn tgk orang yg bwk keta tu. So kalo orang ckp mcm mane dialog yg ko tls ni..buat aper nk tgk orang tu, tgk benda yg sebenar-benar perlu d tgk..bnda tu alas an jek sebenarnyer tok elak pakai tdg.

Waallahua’lam…aku pn bkn baek sgt..msh belajar..dr pe yg aku belajar dr ustaz2 aku, tu lah pendapat aku..

Itulah antr balasan email yg sy terima. jk ada yg igin menjawab blhlah hantarkan jawapan anda kpd alhariz87@yahoo.com . Mungkin jawapan dan hujjah anda blh digunakan utk menyedarkan mereka yg memperkotak katikkan konsep menutup aurat sebnr dengan memperkenalkan fesyen yg ala2 bertudung tp "bogel". Marilah bersama membenarkan pkr yg tlh benar...

Read More
Posted by Al-Hariz on Thursday, September 11, 2008
0 comments
categories: | | edit post

Assalamualaikum... Disini sy ada sedikit huraian atau ulangan dan nota ringkas serba sedikit dari apa yang sy dengar semasa tazkirah maghrib dibulan ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Sihabudin. Dari apa yg kita lihat ramai orang akan berpusu2 ke surau dan masjid semasa bulan ramadhan untuk mengerjakan solat sunnat tarawih... Sampaikan surau yang dulu semasa waktu isyak 2 atau 3 sof, tapi sekarang melimpah2 jemaahnya sampai ke kawasan tambahan, klu dahulu nak penuhkan 1 sof di masjid payah sekarang, 2 sof pon mudah je. Disini kita dapat lihat perubahan atau tekunnya umat Islam kita melakukan Ibadah di bulan ramadhan. Tetapi apa yg kita dapat tekankan disini Bulan ramadhan ini juga adalah salah satu landasan utk umat Islam membina takwa mereka utk 11 bulan yang akan datang.

Ini kerana dengan rajinnya kita datang kesurau dibulan ramadhan membolehkan kita utk rajin pada bulan2 selepasnya... Dengan kata yg lbh mudah, membiasakan diri untuk melakukan ibadah pada 11bulan akan dtg sepertimana kita lakukan dibulan Ramadhan. Jk ini dapat dilakukan oleh umat Islam maka mereka berjaya memperolehi takwa yang sebenar... Tetapi apa yg dapat dilihat pada masa zaman sekrang hanya pada bulan ramadhan dan waktu solat sunnat tariwih sahaja yg umat Islam terkejar2. Sedangkan solat fardhu yg 5 waktu ni pon tidak dapat dicukupi untuk berjamaah atau memenuhkan surau. Cuba kalau yg fardhu itu di lebih atau diutamakan dahulu berbanding yg sunnat, ini tidak kita hanya melebihkan yg sunnat berbanding yang fardhu kerana ia adalah wajib dan lebih ptg dari sunnat.

Tdk kisah la pada bulan ramadhan ini, waktu subuh jemaahnya ramai kerana waktu utk kita bersahur sebelum subuh... Alhamdulillah jika gaya hidup masyarakat Islam mengimarahkan surau atau masjid pada waktu subuh. pasti bertambah maju dan berkembang negara kita. Itu pon waktu sahur sebelum subuh, cuba kita bygkan selepas waktu subuh sahurnya, waAllahua'alam keadaannya... hanya Allah yg tahu... Mungkin kerana itu waktu sahur kita sblm subuh...

Jadi disini saya bukan hendak menghentam atau mengguris hati sapa2. Cuma, cuba kita berfikir dan menganalisis setiap tindakan kita pada bulan ramadhan ini. Seperti mana sy katakan td, bulan ramadhan ini adalah latihan bg kita utk membiasakan diri utk 11 bulan akan datang. Ia blh di ibaratkan adat atau tabiat walau pon ia bukan adat atau tabiat tp syariat, kita cuma ibaratkan sahaja sbgi adat. Kerana adat atau tabiat manusia yg biasa buat sukar tuk mereka tinggalkan. contohnya, jika sesorg itu suke bermain game komputer sepnjag ms, tidak slh jk seseorg itu prktis perbykkan ibadah di bulan ramadhan dan meneruskan amalannya itu pada bulan akan dtg.

Read More
Posted by Al-Hariz on Saturday, September 6, 2008
0 comments
categories: | | edit post

About Me

My photo
Bekerja dan sambil belajar. Aktiviti sampingan macam-macam ada. Sebab memang suke mensibukkan diri dengan beraktiviti agar hati senang jiwa tenang. Yang terbaik mencari redha Allah dalam setiap perkara dan perbuatan. Dalam pada itu juga menganalisis, mengetahui dan melalui cabaran hidup ini.(Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan)

Asmaul Husna

Masa

Kelender

Mesej

Name :
Web URL :
Message :

Labels

Jejak Tamu

Kunjungan Negara

free counters

Titik Pertemuan